Wednesday, 19 June 2013

VIDEOGRAFI

The Don'ts In The Library ialah tajuk videografi kumpulan kami. Pelakonnya da tentu lah kami, hasil kutipan box office video ni tak payah nak share dengan orang lain kalau kami je yang berlakon. kekeke. okay, sebelum mengarut terlebih - lebih, di sini kami akan kongsikan sedikit teknik videografi yang telah kami pelajari.

Shot : i ) Long Shot
            ii ) Medium Shot
           iii ) Close Up / Extreme Close Up
 
ECU(Extreme close up)
 
Teknik pengambilan gambar dgn Framing lebih memusat pada objek/bahagian tubuh yg menunjukan informasi dlm jalan cerita.
 
CU(Close up)
 
Merakam video dgn kamera berada dekat dgn subjek sehingga gambar yg dihasilkan "FRAME".

MCU(Medium close up)
 
Merakam dgn komposisi Framing subjek lebih jauh dari close up ,tetapi lebih dekat dari Medium shoot.

MS(Medium shoot)
 
Teknik merakam video lebih kurang setengah badan hal ini dimaksudkan untuk memperlihatkan detail subjek dan memberi ruang pandang.

FS(Full shoot)
 
FS merakam video dilakukan pd subjek secara penuh dari kepala hingga kaki.

MLS(Medium long shoot)
 
Framing kamera dgn separuh atau hampir 3/4 subjek
 
LS(Long shoot)
 
LS merupakan shot dgn ukuran framing yg memiliki ruang pandang lbh lebar dari MLS.


ELS(Extreeme long shot)

Merakam video sehingga artis/subjek hampir tidak kelihatan. Disini setting ruang sangat berperanan, dimaksudkan utk membantu imaginasi ruang cerita.


Camera Angel 

CA merupakan teknik pengambilan dari sudut pandang tertentu untuk mengekspos video.

( i ) Bird Eye View : Merakam video dari sudut atas objek

( ii ) Frog Eye Level : Merakam gambar dari sudut rendah.

( iii ) Eye Level / Profile Shot : Standart merakam video dengan ketinggian relatif kamera

( iv ) Artificial Shot : Artificial shot bermaksud untuk memperindah shot sehingga berseni. Merakam video dengan cara kreatif supaya gambar video lebih menarik.

( v ) Back Light Shot : V yang dilakukan dengan posisi kamera berhadapan secara berdepan dengan cahaya di belakang objek. Gunakan backlight system.

tu jela rasanya yg dpt kami kongsikan. kalau nak belajar lebih lagi sila lah berjumpa dengan pensyarah kami, EN. AMIN. hehe.

Sebelum tirai blog ini di tutup, kami kongsikan hasil video yang telah berjaya kami hasilkan. Tata, bye bye. Assalammualaikum. 








Tuesday, 18 June 2013

Pendidik Berteknologi, Penggerak Inovasi

Assalammualaikum & Selamat Tengahari. 

Tengahari ini, tetiba kami nak bercerita pasal projek seminar yang telah berjaya kami sempurnakan pada 22 Mei 2013 bertempat di Studio Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional. Bermula tepat - tepat pada jam 8.00 pagi. Seminar ini telah di rasmikan oleh Dekan FPTV, Dr Razali Bin Hassan. 


Pertandingan seminar ini telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu FOTOGRAFI, VIDEOGRAFI, FLASH dan BLOG. Seksyen kami telah diberi tugasan sebagai biro PENERBITAN, PROMOSI dan LOGISTIK. Seksyen kami telah memilih FOTOGRAFI sebagai subjek untuk dipertandingkan. Nak tau sape menang ? Mestilaaaaaaaa KUMPULAN 1 TAPI hadiah kami share. sweet kan kami ? ^_^


ehem, mestila nak share gambar kami bertiga. tak nak tengok ? kena tengok jugak ! 


Alhamdulillah, seminar ini berjalan seperti yang di rancang. Terima kasih kerana memberi kami peluang mengendalikan seminar ini. Rasanya, hanya di Fakulti ini sahaja kami berpeluang menimba ilmu untuk menjayakan sesuatu program. Terima kasih, terima kasih, terima kasih ! 

Sebab seminar ini jugak, kami satu kelas semakin rapat ( ini serius ). Okay, kami nak share moment semasa seminar ini berlangsung. 











dan FOTOGRAFI lagi ~

Fotografi lagi tapi kali ini untuk projek seminar pula. Pertama kali urus seminar, kalut juga dibuatnya. Yela, sebelum ni datang seminar orang je, sekarang ini kami pula yang kena urus seminar. serabut sungguh rasanya. haha. tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. takde sangkut-sangkut sangat, sangkut sikitttt je. hehe.

okay, kali ini kami ingin bercerita perihal tajuk projek kumpulan kami. tajuk projek fotografi kami adalah " HERBA, Penyembuh Semulajadi ". kami ambil masa lebih kurang, seminggu juga la untuk berfikir tajuk ini. fikir punya fikir, herba juga pilihan kami. nampak x ? nampak x ? nampak x kecintaan yang tulus ikhlas kami kepada tumbuhan semulajadi. kekeke.

kami memilih ZenXin di kluang, johor sebagai lokasi untuk ambil gambar. punyalah luas kawasan tu. da lama x mengayuh tercungap-cungap bila kena mengayuh satu ZenXin tu. haha. tp hasilnya, kami berpuas hati ( walaupun x menang ). ok, fine -_-"



ini rumput b*bi. ha ~ teka lah sndiri. kekeke
 

 Sedingin 


 Widelia Chinensis


Ginseng Halus


Misai Kucing. meow, meow ~


Indian Mock Strawberry


 Pokok Kapas


 Bakawali


Tambak Rimba / Lion's Ear. Auummm


Jarak Bunting


 Seroja

ini pula hasil video semua gambar video yang kami ambil. tak boleh nak masukkan satu-satu nanti nampak sangat kecintaan kami kat tumbuhan herba ni. kikiki. selamat menonton ye kawan-kawan.


FOTOGRAFI

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera para pembaca blog sekalian. 

Entri kami pada hari ini berjudul FOTOGRAFI. berjudul ke bertajuk eh ?

Ini kali pertama kami bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang padu dan jitu dalam melaksanakan tugasan yang akan diberi oleh para pendidik kami. Tugasan fotografi yang telah berjaya kami sempurnakan, kami namakan hasil persemuafakatan kami bertiga bertajuk "Beauty Of The Ordinary Lane". Gambar-gambar yang ada dalam video ini kami ambil di sekitar Batu Pahat. ada yang dari Senggarang, ada yang dari Bandar Batu Pahat, dan ada yang dari Rengit.

Sekian, terima kasih.

p/s : Phew~berpeluh nak fikir ayat skema untuk entri ini. Bahasa jiwa bangsa. Bersekutu bertambah mutu. Okay, da start mengarut balik -_-"