PENGENALAN
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) , dahulu dikenali sebagai Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), diasaskan pada 20 September 2000 sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (JPTek) dibawah pentadbiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
Kesohoran kecemerlangan kami dalam niche bidang Pendidikan Guru Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TT-TVET) bermula pada 1993 apabila kami mula sebagai salah sebuah jabatan teras Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) yang menghasilkan pensyarah dan instruktor terlatih dan bertauliah untuk mengajar dalam sistem politeknik Malaysia. PLSP telah dinaiktaraf dan dinamakan sebagai Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) pada Mei 1998. Pada 1 Mei 2004, jabatan ini dinaiktaraf kepada Fakulti Pendidikan Teknikal berikutan pembubaran FTK. Penjenamaan semula FPTek kepada FPTV mendapat pengesahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 23 Jun 2011, sebagai mengiktiraf peranan signifikan dan sumbangan berterusan kami dalam merintis sokongan perubahan dan transformasi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pada masa kini, FPTV telah maju sebagai pusat pembekal dan rujukan berkualiti tinggi bagi akademik, penyelidikan dan perundingan dalam bidang TT-TVET. Sejak tahun 2002, UNESCO-UNEVOC Bonn telah mengiktiraf peranan kami sebagai Pusat Bersekutu UNESCO-UNEVOC dan seterusnya pada 2005 telah menaiktaraf perakuan kepada fakulti ini sebagai sebuah Pusat UNESCO-UNEVOC Malaysia. Kami tidak bersendirian dalam usaha berterusan mencapai dan membina reputasi kecemerlangan. Pelbagai kolaborasi dan jalinan hubungan telah dibina erat bersama organisasi serantau dan antarabangsa seperti SEAMEO VOCTECH (Pertubuhan Serantau Menteri-Menteri ASEAN Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), KRIVET ( Institut Penyelidikan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Korea), CPSC ( Kolej Latihan Staf Rancangan Colombo Filipina), NCCTE (Pusat Kebangsaan bagi Pendidikan Kerjaya dan Teknikal Amerika Syarikat), CEDEFOP (Pusat Pembangunan Latihan Vokasional Eropah) dan banyak lagi usaha telah dijayakan untuk menaiktaraf kualiti dan kredibiliti TVET untuk manfaat semua.
FPTV adalah sebuah fakulti profesional dalam niche TT-TVET. Fakulti ini menawarkan pelbagai program latihan guru yang seimbang dari aspek pengetahuan dan orientasi praktikal yang menepati keperluan agenda perubahan pembangunan ekonomi menerusi pendidikan dan latihan modal insan. Program pengajian yang ditawarkan di FPTV adalah bersifat dinamik, berimpak tinggi dan berupaya menerajui transformasi TVET pada peringkat serantau dan antarabangsa. Warga akademia dan staf sokongan kami amat berketrampilan dan berkotmitmen tinggi dalam menyampaikan ilmu teori dan praktikal terkini dalam persekitaran pembelajaran inovatif dan merangsang minat pelajar.
MISI & VISI
Visi - Untuk menjadi pusat rujukan dan sumber bertaraf dunia dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) menerusi penyelidikan, pembangunan dan persepaduan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.
Misi - Untuk mendidik dan melatih modal insan profesional, bertaraf dunia dan kompetitif dalam pelbagai disiplin untuk meneroka, memperluas dan mengaplikasi pengetahuan dan teknologi moden dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional berasaskan konsep tauhid.
OBJEKTIF
Objektif utama fakulti ini adalah:
• Untuk menawarkan program berkualiti dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV).
• Untuk menjalankan penyelidikan dan menawarkan dapatan akademik terkini dalam bidang PLTV.
• Untuk menubuhkan pusat sumber dan menawarkan khidmat kepakaran teknikal dalam bidang PLTV.
• Untuk menerajui pembangunan kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang PLTV.
• Untuk menyuburkan kualiti profesional penyelidikan di kalangan akademia dan tenaga sokongan di UTHM.
• Untuk menyokong pembangunan profesionalisma modal insan dalam bidang PLTV.
• Untuk menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dalam bidang PLTV.
• Untuk menaik taraf kompetensi kepakaran dalam bidang PLTV selari dengan program transformasi modal insan negara.
• Untuk menerbit bahan akademik berkualiti untuk menambah baik penawaran sistem PLTV negara.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
1. Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional
2. Doktor Falsafah Pendidikan
3. Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (Penyelidikan / Kerja Kursus)
4. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam)
5. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik)
6. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal)
7. Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi)
8. Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional
9. Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
10. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) Dengan Kepujian
11. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Katering) Dengan Kepujian
12. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Binaan Bangunan) Dengan Kepujian
13. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Pemesinan Am) Dengan Kepujian
14. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian
15. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) Dengan Kepujian
16. Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (Multimedia Kreatif) Dengan Kepujian
17. Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah
18. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
PELUANG KERJAYA
Sebagai sebuah fakulti profesional dan berpengalaman luas dalam TT-TVET, kesemua program di fakulti ini digubal dengan input terkini, hubungan erat dan rujukan berterusan pihak pemegang taruh pelbagai sektor TVET pada peringkat serantau dan antarabangsa. Fakulti ini diiktiraf sebagai Pusat UNESCO-UNEVOC Malaysia bagi TVET, mempunyai kolaborasi strategik dan dinamik hampir ke seluruh dunia. Program-program kami mendapat akreditasi jaminan kualiti dari MQA (Agensi Akreditasi Malaysia) dan SIRIM MS ISO 9001:2008 serta mendapat pengiktirafan penuh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tujuan perlantikan ke jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. Pada masa kini graduan kami sedang berkhidmat di seluruh negara dan luar negara, berjaya memajukan diri sebagai guru, jurulatih, pengajar, pentadbiran, pengurus, perancang bertauliah di institusi kerajaan dan swasta, atau pun sebagai usahawan berdaya maju.
Usaha berterusan terus diperhebatkan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pusat bertauliah bagi Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia, dan juga dari agensi-agensi pensijilan guru vokasional antarabangsa yang diiktiraf.
http://fptv.uthm.edu.my/
No comments:
Post a Comment